PERTANDINGAN TINKERCAD 3D DESIGN MOONTON SEKOLAH BAWAH 12 NEGERI SELANGOR 2025

PEMENANG PERTANDINGAN TINKERCAD 3D DESIGN MOONTON SEKOLAH BAWAH 12 NEGERI SELANGOR 2025

OUTSTANDING SCHOOL AWARD

sekolah-kebangsaan-bandar-baru-kuala-selangor
TAHNIAH!
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU KUALA SELANGOR

Objektif Pertandingan


  • Pertandingan ini diadakan susulan daripada Bengkel Pengurusan Permainan Digital. Ianya bertujuan untuk menggalakkan guru memindahkan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar di sekolah mereka.
  • Menggalakkan penguasaan asas reka bentuk 3D (3D design) dalam kalangan murid melalui penggunaan aplikasi TINKERCAD.
  • Meningkatkan kreativiti dan inovasi murid dalam menghasilkan produk digital berasaskan teknologi.
  • Membudayakan penggunaan teknologi digital dan aplikasi percuma yang tersedia di platform DELIMa KPM.

Tempoh Pertandingan

Tarikh Buka Penyertaan: 1 Oktober 2025
Tarikh Tutup Penyertaan: 10 November 2025
Tarikh Pengumuman Pemenang: 28 November 2025
Tarikh Penyampaian Hadiah: 4 Disember 2025
Baki Masa Penyertaan
20251110
Hari Jam Minit
0
Hari
0
Jam
0
Minit

Tema: Bina Dunia MLBB Anda Sendiri


Tema ini menggalakkan para pelajar untuk membayangkan, mereka bentuk, dan menghasilkan versi dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan aplikasi TINKERCAD.

Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menzahirkan semula dunia MLBB melalui perspektif mereka sendiri, di samping memupuk kemahiran reka bentuk serta literasi digital yang bernilai.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah di Selangor di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia berumur 9 hingga 12 Tahun.
  2. Penyertaan adalah secara individual.
  3. Setiap pelajar hanya boleh menghantar satu hasil kerja reka bentuk 3D.
  4. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat.
  5. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat plagiarisma.
  6. Hasil kerja yang dipertandingkan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana mana pertandingan.
  7. Bahan yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau  merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
  8. Kerjasama dengan mana-mana PRODUKSI LUAR baik dari segi peralatan, penggambaran, suara latar dan lain-lain yang berkaitan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Hasil produksi hendaklah daripada penglibatan ahli kumpulan sahaja.
  9. MOONTON berhak menggunakan hasil kerja peserta di mana-mana platform penganjur.
  10. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

SPESIFIKASI PENGHASILAN BAHAN

Format Bahan


01
  • Hasil kerja yang dihasilkan mestilah menggunakan aplikasi TINKERCAD.
  • Screenshot hasil kerja di ‘TINKERCAD Workspace’ dan muat naik dalam format .PNG.
  • Ubah ‘visibility’ hasil kerja kepada ‘share link’.

Saiz Bahan


02
  • Saiz maksima: 50MB.
  • Dimensi yang disarankan: Tidak melebihi 200mm (L) x 200mm (W) x 200mm (H) apabila dipaparkan melalui ‘workplane’ TINKERCAD’s.

Kaedah Memuat Naik


03
  • Peserta mesti memuat naik fail reka bentuk 3D dan “screenshot” ke portal rasmi penghantaran pertandingan (pautan akan diberikan).
  • Peserta mesti menghantar share link fail projek TINKERCAD

Format Nama Fail


04
  • Nama fail haruslah mengikut format di bawah:
  • [NamaSekolah]_[NamaPenuh]_[Umur]_[TajukBinaan]
  • Contoh:
  • SKAmpang_Ahmad_9_MLBBTower.PNG

Hal-Hal Lain


05
  • Fail reka bentuk mestilah boleh dipaparkan dan disunting sekiranya diminta.  (peserta hendaklah mengongsikan pautan TINKERCAD dalam keadaan paparan “public”).
  • Sebarang penghantaran yang tidak dapat dibuka, tidak dapat dilihat, atau tidak mematuhi format penamaan akan dianggap tidak lengkap.

KRITERIA PEMARKAHAN

Kreativiti & Inovasi (30%)


01
  • Keaslian idea (tidak meniru rekaan sedia ada sepenuhnya).
  • Tahap imaginasi dalam mereka bentuk dunia MLBB yang baharu.
  • Keupayaan menambah elemen unik (contoh: landskap, bangunan, watak, atau suasana pertempuran).

Kesesuaian dengan Tema (25%)


02
  • Rekaan jelas menggambarkan “Dunia MLBB” versi peserta.
  • Elemen yang digunakan relevan dengan tema permainan digital/MLBB.
  • Keseimbangan antara dunia maya MLBB dengan kreativiti peserta sendiri.)

Kemahiran Teknikal TINKERCAD (25%)


03
  • Ketepatan penggunaan fungsi asas & lanjutan TINKERCAD
  • Kekemasan model 3D (proportion, simetri, skala).
  • Kepelbagaian objek dan elemen yang digunakan.

Estetika & Visual (20%)


04
  • Keindahan keseluruhan rekaan (warna, bentuk, susun atur).
  • Daya tarikan visual – menarik perhatian & mudah difahami.

HADIAH Pertandingan

JOHAN x1 Pemenang

johan-rewards

NAIB JOHAN x2 Pemenang

naib-johan-rewards

TEMPAT KE-3 x3 Pemenang

tempat-ke-3-rewards

ANUGERAH Khas

OUTSTANDING SCHOOL AWARD

outstanding-school-awards

CONTOH HASIL REKAAN 3D

Rujuk contoh rekaan 3D sebagai inspirasi untuk pertandingan ini.

Screenshot 2025-09-26 at 5.37.38 PM

VIDEO ASAS MENGGUNAKAN TINKERCAD

VIDEO ASAS MEMBINA OBJEK TINKERCAD

CARA-CARA MENGHANTAR PENYERTAAN

CARA UNTUK “SHARE LINK” FAIL PROJEK TINKERCAD


cara-share-link-tinkercad-1 cara-share-link-tinkercad-2 cara-share-link-tinkercad-3 cara-share-link-tinkercad-4
1. Klik Tinkercad homepage (Logo Tinkercad).

  • Pastikan nama fail project telah ditukar mengikut format yang ditetapkan.
2. Klik hasil kerja pelajar dalam kategori 3D Designs. 3. Klik “Change visibility to share”. 4. Tukar privacy kepada “Share link” dan klik “Save Changes”.
5. Klik Copy link dan paste dalam pendaftaran pertandingan Tinkercad.

CARA UNTUK “SCREENSHOT” FAIL PROJEK TINKERCAD


cara-untuk-screenshot-file-projek-1 cara-untuk-screenshot-file-projek-2
1. Klik “Send To”. 2. Klik “Download locally”.

3. Simpan file tersebut di dalam folder Download anda.

4. Biasanya fail yang di-download akan disimpan dalam format PNG.

PENGHANTARAN HASIL KERJA PELAJAR


penghataran-hasil-kerja-pelajar-1 penghataran-hasil-kerja-pelajar-2
1. Setelah mengisi maklumat peserta penyertaan pertandingan ini di Google Form yang disediakan.

2. Sila copy dan paste link hasil kerja murid di ruangan yang disediakan seperti di atas.

3. Muat naik tangkap layar (screenshot) hasil reka bentuk 3D di “Add file”.

4. Seterusnya klik “Submit” sekiranya segala maklumat adalah benar.

FAQ PERTANDINGAN TINKERCAD

SOALAN UMUM:

Bila tarikh terakhir untuk menyertai?

Tarikh terakhir untuk menyertai pertandingan TINKERCAD adalah pada 10 November 2025. Anda juga boleh edit semula fail hasil karya murid sebelum tarikh terakhir.

Apakah TEMA pertandingan TINKERCAD?

Tema bagi pertandingan TINKERCAD adalah “Bina Dunia MLBB anda sendiri”.

Adakah murid dibenarkan mencipta hero baru?

Ya dibenarkan tetapi perlu mengikut tema Mobile Legends: Bang Bang.

PENYERTAAN:

Bagaimanakah cara untuk menyertai Pertandingan TINKERCAD ini?

Anda boleh mendaftar dengan menggunakan pautan atau scan QR di laman rasmi Moonton.

Berapakah had penyertaan yang boleh dihantar oleh seorang pelajar?

1 peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.

Adakah sekolah mempunyai had untuk menghantar penyertaan?

Sekolah tiada had untuk menghantar penyertaan tetapi satu murid hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.

Bolehkah pertandingan ini disertai secara berkumpulan?

Tidak. Pertandingan ini hendaklah disertai secara individu.

Bagaimanakah cara memuat naik hasil kerja ke laman sesawang.

Peserta hendaklah mengikuti arahan untuk memuat naik hasil kerja seperti yang ditunjukkan di bahagian cara menghantar hasil kerja TINKERCAD.

Apakah penglibatan pihak luar dibenarkan?

Tidak. Penyertaan akan dibatalkan serta merta jika terdapat penglibatan daripada pihak luar.

Jika murid tidak mempunyai akaun MLBB, adakah mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini?

Penyertaan bagi TINKERCAD tidak memerlukan murid mempunyai akaun MLBB. Tetapi jika murid tersebut menjadi pemenang, penganjur akan menghubungi untuk mengambil info akaun MLBB yang perlu dikreditkan hadiah.