KEJOHANAN
MOBILE LEGENDS: BANG BANG
SEKOLAH BAWAH 12
NEGERI SELANGOR 2025

KEJOHANAN
MOBILE LEGENDS: BANG BANG
SEKOLAH BAWAH 12
NEGERI SELANGOR 2025

Pusingan Kelayakan Atas Talian


Melalui peringkat kumpulan, pasukan akan bertarung melalui format Round Robin untuk memungut mata tertinggi di dalam pasukan. 32 pasukan terbaik dalam peringkat kumpulan akan terus layak ke pusingan Offline Play-Off.

Baki Masa Penyertaan
20251114
Hari Jam Minit
0
Hari
0
Jam
0
Minit

Tempat Acara:

Atas talian

Tarikh Acara:

22 November 2025

Masa Acara:

3:00 PM – 7:00 PM

Format:

  • Pusingan kelayakan peringkat kumpulan: Terbaik daripada 1 (Best of 1).
  • Setiap kumpulan akan mempunyai maksimum 5 pasukan.
  • Bilangan pasukan yang layak daripada setiap kumpulan akan ditentukan kemudian berdasarkan bilangan pasukan.

Tentatif Kejohanan:

Masa

Agenda Acara

3:00 PM

TEAM CHECK-IN

3:30 PM

Sesi Pengumpulan – Perlawanan Kelayakan 1 [BO1]

4:00 PM

Sesi Pengumpulan – Perlawanan Kelayakan 2 [B01]

4:30 PM

Sesi Pengumpulan – Perlawanan Kelayakan 3 [B01]

5:00 PM

TAMAT

Offline Play-Off & Grand Final


Offline Play-Off ialah di mana 32 pasukan teratas kami daripada kelayakan dalam talian akan meneruskan pertempuran untuk 8 pasukan teratas dalam kejohanan itu. Jumlah 2 hari untuk perlawanan Offline Play-Off di mana mereka akan bertarung melalui kurungan kejohanan menuju ke perlawanan akhir.

Tempat Acara:

Atas talian

Tempat Acara:

Pesta Buku Antarabangsa Selangor, Pusat Konvensyen Setia Alam

Tarikh Acara:

3 – 4 Disember 2025 [2 hari]

Format:

  • Pusingan Play-off 32;
    Best Of 3 – Penyingkiran Tunggal
  • Pusingan Play-off 16;
    Best Of 3 – Penyingkiran Tunggal
  • Suku Akhir [8 Pasukan];
    Best Of 3 – Penyingkiran Tunggal
  • Separuh Akhir [4 Pasukan];
    Best Of 3 – Penyingkiran Tunggal
  • Grand Final [2 Pasukan];
    Best Of 3 – Penyingkiran Tunggal

Tentatif Kejohanan:

TBA

HADIAH Keseluruhan

awards-listing-mlbb

🎁 JUMLAH HADIAH 🎁


KEDUDUKAN

HADIAH
PASUKAN

HADIAH
SEKOLAH

JUMLAH

BERLIAN
(DIAMOND)

Johan
RM4,000.00
RM2,000.00
RM6,000.00
30,000
Naib Johan
RM2,000.00
RM1,000.00
RM3,000.00
30,000
Tempat Ke – 3
RM1,000.00
RM500.00
RM1,500.00
15,000
Tempat Ke – 4
RM1,000.00
RM500.00
RM1,500.00
15,000
Tempat Ke – 5
RM500.00
RM250.00
RM750.00
10,000
Tempat Ke – 6
RM500.00
RM250.00
RM750.00
10,000
Tempat Ke – 7
RM500.00
RM250.00
RM750.00
10,000
Tempat Ke – 8
RM500.00
RM250.00
RM750.00
10,000

📌 Kelayakan Penyertaan


  • Terbuka hanya kepada pelajar sekolah rendah (bawah umur 12 tahun) yang dibimbing oleh guru yang telah menghadiri Masterclass Guru Juara dan telah berjaya membentuk satu pasukan rasmi dari sekolah masing-masing.
  • Setiap pasukan perlu didaftarkan oleh guru pengiring rasmi dari sekolah.

🎯 Kenapa Sertai?


  • Platform rasmi untuk pelajar menunjukkan bakat eSukan
  • Bimbingan dan pemantauan oleh guru bertauliah
  • Peluang mewakili sekolah di pentas negeri
  • Memupuk nilai murni melalui permainan strategik

📥 Pendaftaran


🔗 Pendaftaran akan dibuka kepada guru yang telah menghadiri Masterclass Guru Juara sahaja.

👉 Maklumat lanjut & borang penyertaan akan dikongsikan melalui emel rasmi guru.

🏆 Braket Kejohanan MLBB Sekolah Bawah-12 Negeri Selangor 2025

📖  Buku Peraturan Rasmi Kejohanan MLBB Sekolah Bawah-12 Negeri Selangor 2025

FAQ KEJOHANAN MOBILE LEGENDS: BANG BANG

Adakah murid akan menerima sijil penyertaan?

Murid yang menyertai akan menerima sijil penyertaan daripada MOONTON.

Adakah kejohanan ini dikira sebagai peringkat MSSD?

Kejohanan ini tidak diiktiraf sebagai peringkat MSSD tetapi kejohanan ini mendapat sokongan daripada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Esports Intergrated (ESI).

Adakah pemain wajib untuk mempunyai MLBB akaun dengan Level 7  ?

Ye pemain wajib sekurang kurangnya mendapat level 7 atau lebih tinggi.

Hadiah kepada sekolah - Wang kemenangan akan diberikan ke akaun sekolah atau PIBG?

Wang kemenangan untuk pihak sekolah akan diberikan kepadaakaun PIBG sekolah masing masing.

Hadiah kepada pasukan - Adakah hadiah pelajar akan diberikan secara terus kepada mereka?

Wang kemenangan untuk pelajar akan diberikan kepada guru pengiring untuk dibahagikan kepada pelajar.

Bagaimanakah penganjur memastikan tiada peserta yang cuba menipu ketika bermain pusingan kelayakan?

Semasa sesi pendaftaran, semua pelajar waji untuk memberikan ID masing masing untuk menjadi rujukan pihak penganjur dan juga pengadil kejohanan. Mana mana pemain yang ditangkap cuba menipu akan menyebabkan seluruh pasukan disingkirkan.

Adakah pihak sekolah akan menerima surat jemputan daripada JPN untuk kejohanan ini?

Hanya surat jemputan daripada MOONTON sahaja yang dihantar kepada pihak sekolah buat masa ini.

Adakah wajib untuk mempunyai pemain simpanan?

Tidak wajib tetapi amat disarankan untuk mempunyai pemain simpanan keranan jika terdapat hal hal kecemasan, pasukan masih mempunya ahli pasukan yang cukup.

FAQ BERKAITAN PEMILIHAN MEWAKILI SEKOLAH

Adakah pelajar bukan warganegara dibenarkankan menyertai?

Pelajar bukan warganegara dibenarkan untuk menyertai jika pelajar tersebut didaftarkan di sekolah tersebut.

Bolehkan pemain berbeza umur bermain di dalam satu pasukan?

Pasukan dibenarkan untuk mempunyai pemain berbeza umur.

Adakah akan ada hadiah bagi pemenang di peringkat sekolah?

Tiada hadiah yang akan diberikan kepada pelajar untuk peringkat pemilihan wakil sekolah.

Bagaimanakah cara untuk mengadakan pemilihan pasukan di peringkat sekolah?

Dokumen tentang cara cara untuk mengadakan pemilihan telah dikongsi di platform Whatsapp.

FAQ BERKAITAN PERANAN GURU JUARA MOONTON

Bolehkah lebih daripada satu guru hadir ketika kejohanan?

Lebih daripada satu guru dibenarkan hadir ke kejohanan ini untuk mengiringi para pelajar.

Adakah guru yang menyertai Masterclass Guru Juara Moonton perlu menjadi jurulatih/pengurus untuk pemain?

Guru yang menyertai Masterclass Guru Juara MOONTON disarankan untuk menjadi jurulatih/pengurus kerana sudah mendapat pendedahan awal mengenai kejohanan ini.

FAQ BERKAITAN HAL-HAL LAIN

Adakah kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan ataupun hanya akan diadakan sekali sahaja pada tahun ini?

Kejohanan ini hanya akan ada sekali sahaja pada tahun ini dan untuk tahun berikutnya kami masih dalam perancangan untuk menambah baik program hasil maklum balas daripada pihak sekolah dan guru.

Adakah akan ada sokongan lain selain daripada sokongan di platform Whatsapp? Seperti datang ke sekolah untuk memberikan latihan.

Pada masa ini hanya sokongan secara atas talian sahaja yang diberikan kepada guru untuk melancarkan perjalanan pemilihan di peringkat sekolah.

Adakah akan ada siaran langsung ketika pusingan kelayakan atas talian?

Tiada siaran langsung untuk pusingan kelayan dan juga peringkat Offline Playoff.